Wednesday, March 24, 2010

Buku kira-kira Persatuan

Untuk sebuah persatuan, selain melaporkan keadaan kewangan kepada pihak berwajib untuk tempoh tertentu, adalah satu tindakan bijak sekiranya laporan kewangan dibentangkan pada pihak pengurusan secara berkala. Kekerapan laporan hendaklah selari dengan kekerapan mesyuarat pengurusan. Contohnya sekiranya mesyuarat pengurusan diadakan secara bulanan, adalah wajar laporan kewangan dibuat secara bulanan.

Laporan kewangan ini mesti membantu pihak pengurusan memantau bayaran keahlian dan juga kutipan-kutipan lain dan buat tindakan susulan sekiranya ada kelewatan. Kepentingan jumlah wang masuk tidak boleh dinafikan sekiranya aktiviti-aktiviti persatuan yang telah dirancang dapat diteruskan.

Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk setiap aktiviti juga perlu dikaji untuk mengelak pembaziran bajet yang telah diperuntukkan.

Keperluan laporan kewangan ini bukan sahaja untuk persatuan yang besar, yang mungkin ada akauntan dalaman yang melakukan tugas menjaga kewangan persatuan, tapi juga untuk persatuan kecil yang menggabungkan jumlah ahli yang kecil. Untuk tujuan itu, tulisan blog seterusnya akan cuba memberi sedikit panduan mudah untuk persatuan kecil merekodkan kewangan persatuan dan seterusnya membuat satu laporan kewangan yang ringkas untuk tempoh tertentu. Teruskan membaca blog ini

No comments: