Monday, March 29, 2010

Buku Kira-Kira Dokumen Asal

Setiap transaksi dimulakan dengan dokumen asal. Contoh dokumen asal adalah resit terima bayaran, inbois dan rekod bayaran. Dokumen asal perlu disimpan secara teratur untuk rujukan jika diperlukan. Sewajarnya, susunan dokumen asal yang disimpan adalah mengikut susunan rekod yang dibuat. Ini memudahkan rujukan balik ke fail dokumen dari rekod buku kira-kira.

Dokumen asal kosong boleh dibeli dikedai alatulis. Hanya perlu menggunakan cop persatuan setiap kali dokumen dikeluarkan. Dengan kecanggihan applikasi computer sekarang, anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti Excel Microsoft untuk mencipta dokumen asal anda sendiri.

Pastikan nombor turutan pada dokumen asal tidak terputus atau melompat. Ini ciri penting untuk memastikan kelengkapan transaksi. Penggunaan nombor dokumen yang melompat atau tidak mengikut turutan akan mengelirukan dan menyukarkan pemantaun oleh pihak ketiga, seperti auditor luar atau pihak berwajib.

Sekiranya dokumen yang bernombor tidak digunakan oleh sebab-sebab tidak dapoat dielakkan, pastikan dokumen tersebut juga disimpan. Letakkan nota kenapa dokumen tersebut tidak digunakan. Ini memastikan semua dokumen asal disimpan dan tiada nombor yang melompat atau tidak mengikut turutan. Letakkan komen anda disini untuk mendapatkan contoh dokumen asal.

No comments: