Friday, November 20, 2009

Lambaian Pantai Cuti Sekolah

Cuti sekolah sudah bermula. Agak-agaknya sudahkah kita buat perancangan untuk belanja cuti sekolah ni. Apa keperluan yang perlu kita dulukan. Sedikit panduan:

1) Selidik perbelanjaan anda dengan teliti.
Kemana duit anda selama ini. Buat satu senarai panjang. Apakah dorongan disebalik setiap perbelanjaan. Adakah ianya keperluan, atau hanya dorongan emosi. Mungkin dengan kajian terperinci ini, anda boleh buat aturan keperluan untuk tahun depan. Belanja yang perlu didahulukan, dan mungkin kemewahan boleh diletakkan disenarai yang terakhir.

2) Adakan bajet percutian
Berapa banyak duit anda boleh simpan, setiap bulan. Bergantung pada kaji selidik perbelanjaan, ketepikan sedikit duit untuk percutian. Kalau banyak boleh keluar negara, kalau sedikit cukuplah hanya di sini sahaja. Paling kurang pun ajaklah keluarga makan ditempat yang agak selesa sekali sekala.

3) Benarkan sedikit perubahan
Kalau ikut budget keterlaluan mungkin agak perit. Hinggakan menimbulkan suasana tegang dirumah. Oleh itu benarkan sedikit ruang untuk belanja lebih dari yang di anggarkan. Satu contoh mudah, jika anda ingin bercuti dengan bajet RM2 ribu, dapatkan kos cuti dalam RM1500. Oleh itu anda ada ruang RM500 untuk belanja yang tidak dijangka semasa percutian.

4) Buat senarai belanja untuk tahun depan
Inilah asasnya. Kalau tak cukup mungkin kenalah rancang untuk tambah pendapatan. Kerja luar, kerja sambilan dan kerja di rumah dan banyak lagi.

5) Buat senarai hadiah
Hadiah ini termasuklah, hadiah kawin, hadiah harijadi, duit raya dan sebagainya yang diberikan secara percuma kepada orang lain. Dalam bentuk barang atau nilai tunai. Belanja makan pun boleh dikira hadiah. Buat satu bajet juga, sebab ramai yang ingin melangkah kealam perkahwinan di musim cuti ini. Sesiapa yang dijemput dating tu kenalah memberi. Takkan makan “free” je kot.

6) Beli “online”
Sungguh mudah sekarang ni untuk membeli. Secara ‘online’ memanglah mudah. Tapi kena pastikan buat perbandingan harga. Bacalah syarat dan terma kecil dibawah borang pembelian. Kalau ada kupon boleh lah pakai untuk dapat harga murah. Kalau ada ‘sales’ lagi la elok. Tapi tidak semestinya membeli terus di internet. Boleh juga gunakan maklumat yang didapati diinternet untuk mendapatkan harga patut dikedai biasa.

7) Masukkan sedekah jariah
Kalau anda ada sedikit ruang, masukkan sedikit dalam bajet untuk sedekah pilihan anda. Asingkan duit ini supaya tidak terlepas dari tangan sebelum sampai kepada yang diperlukan. Semoga lebih selamat lah hidup kalau banyak bersedekah ni.

No comments: