Thursday, November 19, 2009

Kad Satu Pinggang Tapi Hutang Tak Ada

Kawal hutang anda dengan kad kredit. Bagaimana caranya:

1) Jangan bayar fee tahunan.
Ada banyak kad kredit yang tidak mengenakan fee tahunan. Ada yang tidak mengenakan fee tahunan seumur hidup. Sekiranya anda pengguna harian, guna kad kredit untuk kemudahan urusan harian seperti bayar minyak atau beli barang dapur, kad yang tidak mengenakan fee tahunan adalah terbaik untuk anda.

2) Jangan tunda bayaran
Ini satu kebiasaan yang perlu di ikuti secara tegas. Menunda bayaran akan hanya menambah hutang anda, dan agak sukar untuk mengawal hutang yang terkumpul. Baki hutang kosong setiap hujung bulan adalah yang terbaik. Dengan baki kosong, kuasa ditangan anda. Jika ada hutang, kuasa adalah ditangan bank ;)

3) Ambil perhatian jika memindah baki ke kad lain
Fee pindahan mungkin tinggi dari interes yang dibayar di bank yang lama. Buat perkiraan yang betul dan baca sepenuhnya syarat dan peraturan pindahan.

4) Potong kad
Sekiranya ada banyak kad, pilih kad yang diperlukan sahaja. Ada kad boleh digunakan untuk tol, ada kad boleh digunakan diluar negara, ada kad boleh buat transaksi di internet dengan mudah dan sebagainya. Tapi kalau kad ada fee tahunan yang tinggi, lebih elok potong saja.

5) Ambil kad tapi tak pakai
Guna sekali-sekala saja dan guna untuk jumlah kecil sahaja. Boleh digunakan jika perlu disaat-saat kecemasan sahaja.

6) Buat perbandingan
Buatlah perbandingan. Banyak kad memberikan bermacam-macam insentif untuk menarik pelanggan. Mungkin boleh pakai kad selagi insentif berjalan dan tidak mengenakan fee yang keterlaluan.

Gunakanlah kad kredit dengan bijak. Jangan jadikan kad along peribadi anda dan membelenggu hidup penuh dengan hutang.

No comments: