Satu aktiviti sampingan, mungkin sepenuh masa untuk sebahagian kecil orang, yang menyenangkan dan mungkin boleh mendapat sedikit imbuhan adalah dengan menyertai peraduan. Banyak peraduan di adakan setiap hari, cuma kita perlu pandai mencari peraduan yang sesuai dengan diri kita.
Ada peraduan memerlukan pembelian, ada memerlukan kreativiti seseorang. Yang penting peraduan adalah salah satu cara untuk memperkenalkan khidmat atau produk dengan melibatkan orang ramai untuk turut serta secara tidak langsung. Individu yang teruja dan terlibat dengan peraduan tanpa disedari mungkin menghebahkan dan melibatkan orang disekeliling mereka untuk turut serta.
Jika anda berminat menguji minda, mencari jawapan berdasarkan soalan-soalan berkaitan buku, boleh turut serta dengan peraduan MENCARI HARTA BUKU NOV 09 yang dianjurkan oleh B3LIMA. Sedikit saguhati diberikan kepada peserta yang mampu memecahkan kod-kod soalan. Hanya tinggal beberapa hari sebelum peraduan tamat 27 Nov 2009 ini.
Jika anda berminat melihat peraduan-peraduan lain yang diadakan setiap hari di Malaysia boleh lah ikuti laman berikut:
http://www.emenang.com/
http://my.peraduan.com/
Saturday, November 21, 2009
Hampir Sudah Semua Jawapan
Friday, November 20, 2009
Lambaian Pantai Cuti Sekolah
Cuti sekolah sudah bermula. Agak-agaknya sudahkah kita buat perancangan untuk belanja cuti sekolah ni. Apa keperluan yang perlu kita dulukan. Sedikit panduan:
1) Selidik perbelanjaan anda dengan teliti.
Kemana duit anda selama ini. Buat satu senarai panjang. Apakah dorongan disebalik setiap perbelanjaan. Adakah ianya keperluan, atau hanya dorongan emosi. Mungkin dengan kajian terperinci ini, anda boleh buat aturan keperluan untuk tahun depan. Belanja yang perlu didahulukan, dan mungkin kemewahan boleh diletakkan disenarai yang terakhir.
2) Adakan bajet percutian
Berapa banyak duit anda boleh simpan, setiap bulan. Bergantung pada kaji selidik perbelanjaan, ketepikan sedikit duit untuk percutian. Kalau banyak boleh keluar negara, kalau sedikit cukuplah hanya di sini sahaja. Paling kurang pun ajaklah keluarga makan ditempat yang agak selesa sekali sekala.
3) Benarkan sedikit perubahan
Kalau ikut budget keterlaluan mungkin agak perit. Hinggakan menimbulkan suasana tegang dirumah. Oleh itu benarkan sedikit ruang untuk belanja lebih dari yang di anggarkan. Satu contoh mudah, jika anda ingin bercuti dengan bajet RM2 ribu, dapatkan kos cuti dalam RM1500. Oleh itu anda ada ruang RM500 untuk belanja yang tidak dijangka semasa percutian.
4) Buat senarai belanja untuk tahun depan
Inilah asasnya. Kalau tak cukup mungkin kenalah rancang untuk tambah pendapatan. Kerja luar, kerja sambilan dan kerja di rumah dan banyak lagi.
5) Buat senarai hadiah
Hadiah ini termasuklah, hadiah kawin, hadiah harijadi, duit raya dan sebagainya yang diberikan secara percuma kepada orang lain. Dalam bentuk barang atau nilai tunai. Belanja makan pun boleh dikira hadiah. Buat satu bajet juga, sebab ramai yang ingin melangkah kealam perkahwinan di musim cuti ini. Sesiapa yang dijemput dating tu kenalah memberi. Takkan makan “free” je kot.
6) Beli “online”
Sungguh mudah sekarang ni untuk membeli. Secara ‘online’ memanglah mudah. Tapi kena pastikan buat perbandingan harga. Bacalah syarat dan terma kecil dibawah borang pembelian. Kalau ada kupon boleh lah pakai untuk dapat harga murah. Kalau ada ‘sales’ lagi la elok. Tapi tidak semestinya membeli terus di internet. Boleh juga gunakan maklumat yang didapati diinternet untuk mendapatkan harga patut dikedai biasa.
7) Masukkan sedekah jariah
Kalau anda ada sedikit ruang, masukkan sedikit dalam bajet untuk sedekah pilihan anda. Asingkan duit ini supaya tidak terlepas dari tangan sebelum sampai kepada yang diperlukan. Semoga lebih selamat lah hidup kalau banyak bersedekah ni.
Thursday, November 19, 2009
Kad Satu Pinggang Tapi Hutang Tak Ada
Kawal hutang anda dengan kad kredit. Bagaimana caranya:
1) Jangan bayar fee tahunan.
Ada banyak kad kredit yang tidak mengenakan fee tahunan. Ada yang tidak mengenakan fee tahunan seumur hidup. Sekiranya anda pengguna harian, guna kad kredit untuk kemudahan urusan harian seperti bayar minyak atau beli barang dapur, kad yang tidak mengenakan fee tahunan adalah terbaik untuk anda.
2) Jangan tunda bayaran
Ini satu kebiasaan yang perlu di ikuti secara tegas. Menunda bayaran akan hanya menambah hutang anda, dan agak sukar untuk mengawal hutang yang terkumpul. Baki hutang kosong setiap hujung bulan adalah yang terbaik. Dengan baki kosong, kuasa ditangan anda. Jika ada hutang, kuasa adalah ditangan bank ;)
3) Ambil perhatian jika memindah baki ke kad lain
Fee pindahan mungkin tinggi dari interes yang dibayar di bank yang lama. Buat perkiraan yang betul dan baca sepenuhnya syarat dan peraturan pindahan.
4) Potong kad
Sekiranya ada banyak kad, pilih kad yang diperlukan sahaja. Ada kad boleh digunakan untuk tol, ada kad boleh digunakan diluar negara, ada kad boleh buat transaksi di internet dengan mudah dan sebagainya. Tapi kalau kad ada fee tahunan yang tinggi, lebih elok potong saja.
5) Ambil kad tapi tak pakai
Guna sekali-sekala saja dan guna untuk jumlah kecil sahaja. Boleh digunakan jika perlu disaat-saat kecemasan sahaja.
6) Buat perbandingan
Buatlah perbandingan. Banyak kad memberikan bermacam-macam insentif untuk menarik pelanggan. Mungkin boleh pakai kad selagi insentif berjalan dan tidak mengenakan fee yang keterlaluan.
Gunakanlah kad kredit dengan bijak. Jangan jadikan kad along peribadi anda dan membelenggu hidup penuh dengan hutang.