Satu aktiviti sampingan, mungkin sepenuh masa untuk sebahagian kecil orang, yang menyenangkan dan mungkin boleh mendapat sedikit imbuhan adalah dengan menyertai peraduan. Banyak peraduan di adakan setiap hari, cuma kita perlu pandai mencari peraduan yang sesuai dengan diri kita.
Ada peraduan memerlukan pembelian, ada memerlukan kreativiti seseorang. Yang penting peraduan adalah salah satu cara untuk memperkenalkan khidmat atau produk dengan melibatkan orang ramai untuk turut serta secara tidak langsung. Individu yang teruja dan terlibat dengan peraduan tanpa disedari mungkin menghebahkan dan melibatkan orang disekeliling mereka untuk turut serta.
Jika anda berminat menguji minda, mencari jawapan berdasarkan soalan-soalan berkaitan buku, boleh turut serta dengan peraduan MENCARI HARTA BUKU NOV 09 yang dianjurkan oleh B3LIMA. Sedikit saguhati diberikan kepada peserta yang mampu memecahkan kod-kod soalan. Hanya tinggal beberapa hari sebelum peraduan tamat 27 Nov 2009 ini.
Jika anda berminat melihat peraduan-peraduan lain yang diadakan setiap hari di Malaysia boleh lah ikuti laman berikut:
http://www.emenang.com/
http://my.peraduan.com/
Saturday, November 21, 2009
Hampir Sudah Semua Jawapan
Friday, November 20, 2009
Lambaian Pantai Cuti Sekolah
Cuti sekolah sudah bermula. Agak-agaknya sudahkah kita buat perancangan untuk belanja cuti sekolah ni. Apa keperluan yang perlu kita dulukan. Sedikit panduan:
1) Selidik perbelanjaan anda dengan teliti.
Kemana duit anda selama ini. Buat satu senarai panjang. Apakah dorongan disebalik setiap perbelanjaan. Adakah ianya keperluan, atau hanya dorongan emosi. Mungkin dengan kajian terperinci ini, anda boleh buat aturan keperluan untuk tahun depan. Belanja yang perlu didahulukan, dan mungkin kemewahan boleh diletakkan disenarai yang terakhir.
2) Adakan bajet percutian
Berapa banyak duit anda boleh simpan, setiap bulan. Bergantung pada kaji selidik perbelanjaan, ketepikan sedikit duit untuk percutian. Kalau banyak boleh keluar negara, kalau sedikit cukuplah hanya di sini sahaja. Paling kurang pun ajaklah keluarga makan ditempat yang agak selesa sekali sekala.
3) Benarkan sedikit perubahan
Kalau ikut budget keterlaluan mungkin agak perit. Hinggakan menimbulkan suasana tegang dirumah. Oleh itu benarkan sedikit ruang untuk belanja lebih dari yang di anggarkan. Satu contoh mudah, jika anda ingin bercuti dengan bajet RM2 ribu, dapatkan kos cuti dalam RM1500. Oleh itu anda ada ruang RM500 untuk belanja yang tidak dijangka semasa percutian.
4) Buat senarai belanja untuk tahun depan
Inilah asasnya. Kalau tak cukup mungkin kenalah rancang untuk tambah pendapatan. Kerja luar, kerja sambilan dan kerja di rumah dan banyak lagi.
5) Buat senarai hadiah
Hadiah ini termasuklah, hadiah kawin, hadiah harijadi, duit raya dan sebagainya yang diberikan secara percuma kepada orang lain. Dalam bentuk barang atau nilai tunai. Belanja makan pun boleh dikira hadiah. Buat satu bajet juga, sebab ramai yang ingin melangkah kealam perkahwinan di musim cuti ini. Sesiapa yang dijemput dating tu kenalah memberi. Takkan makan “free” je kot.
6) Beli “online”
Sungguh mudah sekarang ni untuk membeli. Secara ‘online’ memanglah mudah. Tapi kena pastikan buat perbandingan harga. Bacalah syarat dan terma kecil dibawah borang pembelian. Kalau ada kupon boleh lah pakai untuk dapat harga murah. Kalau ada ‘sales’ lagi la elok. Tapi tidak semestinya membeli terus di internet. Boleh juga gunakan maklumat yang didapati diinternet untuk mendapatkan harga patut dikedai biasa.
7) Masukkan sedekah jariah
Kalau anda ada sedikit ruang, masukkan sedikit dalam bajet untuk sedekah pilihan anda. Asingkan duit ini supaya tidak terlepas dari tangan sebelum sampai kepada yang diperlukan. Semoga lebih selamat lah hidup kalau banyak bersedekah ni.
Thursday, November 19, 2009
Kad Satu Pinggang Tapi Hutang Tak Ada
Kawal hutang anda dengan kad kredit. Bagaimana caranya:
1) Jangan bayar fee tahunan.
Ada banyak kad kredit yang tidak mengenakan fee tahunan. Ada yang tidak mengenakan fee tahunan seumur hidup. Sekiranya anda pengguna harian, guna kad kredit untuk kemudahan urusan harian seperti bayar minyak atau beli barang dapur, kad yang tidak mengenakan fee tahunan adalah terbaik untuk anda.
2) Jangan tunda bayaran
Ini satu kebiasaan yang perlu di ikuti secara tegas. Menunda bayaran akan hanya menambah hutang anda, dan agak sukar untuk mengawal hutang yang terkumpul. Baki hutang kosong setiap hujung bulan adalah yang terbaik. Dengan baki kosong, kuasa ditangan anda. Jika ada hutang, kuasa adalah ditangan bank ;)
3) Ambil perhatian jika memindah baki ke kad lain
Fee pindahan mungkin tinggi dari interes yang dibayar di bank yang lama. Buat perkiraan yang betul dan baca sepenuhnya syarat dan peraturan pindahan.
4) Potong kad
Sekiranya ada banyak kad, pilih kad yang diperlukan sahaja. Ada kad boleh digunakan untuk tol, ada kad boleh digunakan diluar negara, ada kad boleh buat transaksi di internet dengan mudah dan sebagainya. Tapi kalau kad ada fee tahunan yang tinggi, lebih elok potong saja.
5) Ambil kad tapi tak pakai
Guna sekali-sekala saja dan guna untuk jumlah kecil sahaja. Boleh digunakan jika perlu disaat-saat kecemasan sahaja.
6) Buat perbandingan
Buatlah perbandingan. Banyak kad memberikan bermacam-macam insentif untuk menarik pelanggan. Mungkin boleh pakai kad selagi insentif berjalan dan tidak mengenakan fee yang keterlaluan.
Gunakanlah kad kredit dengan bijak. Jangan jadikan kad along peribadi anda dan membelenggu hidup penuh dengan hutang.
Friday, April 24, 2009
Peraduan Harta Karun dapat Rm100 sekarang
Sila lihat blog Bicara B3LIMA untuk lihat syarat peraduan. Blog Penuh
Thursday, April 23, 2009
Program Affiliate Buku di B3LIMA
Kini kedai b3lima/buku-buku dibuka untuk penyertaan program affiliate (rakan ID). Program ini menggunakan perisian yang mudah. Anda boleh ke laman ini untuk maklumat lanjut.
Secara ringkasnya program affiliate ini menjanjikan komisen sebanyak 50% dari keuntungan jualan tunai atau 1% dari jualan tunai, yang mana lebih tinggi. Apa yang perlu dilakukan ialah daftarkan emel dengan b3lima dan dapatkan rakan ID.
Letakkan HTML link code beserta rakan ID didalam laman anda. Setiap pembelian buku di b3lima/buku-buku yang dihasilkan dari lawatan yang bermula dari HTML link code tersebut akan mendapat komisen.
Segeralah daftar emel anda sekarang di b3lima
Tuesday, January 13, 2009
Kunci Kira-Kira Bulanan
Menggunakan data yang sama seperti di entri Penyata Untung Rugi Bulanan, Kunci Kira-Kira juga perlu dihasilkan.
Oleh kerana ada stok tidak terjual diakhir bulan, jumlah stok tersebut merupakan aset perniagaan. Untung untuk tempoh tersebut merupakan tanggungan kepada perniagaan, kerana jumlah untung adalah wang yang harus dipulangkan kepada peniaga. Setelah mengambil kira stok dan untung, kunci kira-kira akan menjadi seperti berikut:
Kita dapat lihat, jumlah aset adalah sama dengan jumlah tanggungan. Kita juga dapat lihat, untuk perniagaan kecil, penggunaan buku tunai sudah cukup untuk mengawal kos perniagaan dan mengira untung/(rugi). Penggunaan buku tunai tidak memerlukan pemahaman penuh catatan bergu.
Silih pilih menu 'Muat Turun Dokumen' untuk melihat contoh dokumen.
Tuesday, January 6, 2009
Penyata Untung Rugi Bulanan
Sebaiknya, buku akaun harus ditutup setiap bulan dan buat akaun baru untuk bulan baru. Sekiranya kita tutup buku tunai kita, mungkin kita ada rekod akaun seperti berikut.
Dengan adanya rekod tersebut, kita boleh membuat satu kiraan mudah, berapakah untung perniagaan ini seperti berikut.
Namun kerana tidak semua stok yang dibeli telah dijual, jumlah stok yang tidak terjual harus ditolak dari kos jualan. Pengiraan stok belum dijual perlu dibuat secara kiraan semula stok yang ada. Andaikan stok tidak terjual berjumlah 1,000, penyata untung rugi akan menjadi seperti berikut:
Kerana buku kena seimbang, perbezaan jumlah antara jualan (1000) dan kos jualan (700) adalah untung/(rugi) perniagaan. Dari data diatas, jumlah untung adalah 300 (1000 - 700)
Sila pilih menu 'Muat Turun Dokumen' untuk melihat contoh dokumen.