Pelan yang paling baik didalam dunia sekalipun, tidak akan membawa keuntungan tanpa dihasilkan melalui perbuatan. Jadi apa yang harus kita buat? Kita telah kenalpasti tindakan awalan kita. Langkah seterusnya adalah bertindak dan lakukan perancangan yang dibuat.
Pergi bank, buat simpanan. Pilih cara simpanan yang sesuai dengan kemampuan kita. Ada banyak cara, tetapi secara ringkas, seperti berikut:
1) Buku Simpanan Tetap
2) Buku Amanah Saham
3) Pelaburan Saham/Hartanah
4) Perlindungan Insuran/Takaful
Buat potongan berjadual supaya tidak tertinggal membuat simpanan setiap penggal masa yang ditentukan. Mungkin cara bulanan. Tetapkan semangat, jangan disia-siakan simpanan. Ikut perancangan dan pastikan duit simpanan hanya digunakan untuk apa yang telah dirancang.
Sekiranya kita buat perancangan tambahan lain untuk menambah sumber kewangan bila diperlukan, usahakan perancangan berlaku. Tabungan PTPTN misalnya, supaya boleh dapat pinjaman pembelajaran bila perlu. Atau usahakan anak mendapat pembelajaran cukup, supaya ada peluang mendapat biasiswa. Dan sebagainya.....
Kertaskira Excel yang saya buat boleh membantu anda mengambil tindakan bijak. Akan saya berikan secara percuma untuk ahli MyCommunity di MyBlogLog atau ahli Neighbourhood saya di BlogCatalog. Sehingga 30 Julai 2008 sahaja.
B3Lima
Saturday, July 5, 2008
Rancang Itu Fikir, Buat Itu Untung
Labels:
A03 Kewangan Keluarga,
Buku,
Malaysia,
Niaga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
blog yg anda hasilkan sangat bagus dan menarik. Saya ingin belajar mcmana nak tambah traffic ke blog saya. Boleh beri bimbingan?
http://gayahiduporganikcni.blogspot.com/
Terima kasih en azmi. Satu soalan yang bagus, ikuti perbicangan di Group "Kelab Usahawan Malaysia" di BlogCatalog. Link: http://www.blogcatalog.com/group/kelab-usahawan-malaysia
Post a Comment