Perkara asas patut dilaporkan dalam laporan kewangan ialah sejauh mana keadaan kewangan persatuan jika dibandingkan dengan bajet. Bajet menentukan aras yang patut dicapai oleh persatuan samada dari segi jumlah kutipan atau dari segi kelancaran aktiviti yang patut dijalankan.
Oleh itu, untuk kelancaran perjalanan persatuan, satu bajet perlu disediakan. Berapakah jumlah kutipan yang boleh dibuat secara bulanan? Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan selama setahun? Berapa perbelanjaan diperlukan untuk menjalankan aktiviti-akitiviti tersebut? Adakah jumlah kutipan mencukupi? Perlukah mendapat bantuan kewangan dari badan induk atau tajaan perseorangan atau syarikat? Semua persoalan ini perlu dijawab dan diringkaskan sebagai bajet kewangan.
Adalah wajar bajet ini dilakukan untuk penggal baru dan dibuat untuk sekurang-kurangnya tempoh satu tahun kedepan. Setelah bajet dibentangkan dan diluluskan oleh pihak pengurusan atau exco, barulah ianya digunakan untuk memantau aktiviti persatuan untuk tempoh setahun. Ingin mendapatkan contoh bajet persatuan? Hantarkan email kepada saya isunik@gmail.com
Monday, April 26, 2010
Buku kira-kira persatuan - Penyedian bajet
Tuesday, April 6, 2010
Buku Kira-kira Persatuan: Perlunya Buku Akaun
Sudah tentu penyediaan buku kira-kira memenuhi tujuan tertentu. Tanpa buku kira-kira yang betul, mungkin tujuan tersebut tidak dapat dihasilkan. Untuk sebuah persatuan, perkara asas yang ingin dipantau adalah pembayaran yang dibuat oleh ahli-ahli persatuan. Siapa yang sudah bayar yuran dan sejauh mana kutipan yuran telah dibuat. Oleh itu satu rekod asas buku kira-kira yang perlu ada ialah rekod pembayaran keahlian. Rekod tersebut perlu dapat merekodkan siapa yang sudah bayar yuran dan berapa banyak tunggakan yuran.
Perkara kedua yang ingin dipantau adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sebanyak mana perbelanjaan telah dibuat untuk aktiviti tertentu. Bagaimana aktiviti tersebut dapat dijalankan? Mungkin ada sumbangan kewangan lain telah dapat dibuat untuk menampung aktiviti tersebut. Semua ini memerlukan rekod tertentu supaya mudah untuk diawasi.
Sudah tentu, jumlah wang yang boleh dibelanjakan untuk tempoh masa tertentu juga perlu diketahui. Adakah persatuan ada cukup jumlah tunai ditangan untuk menampung keperluan wang terdekat? Dengan adanya buku akaun yang betul, perkara ini juga amat mudah diawasi. Dari laporan kewangan berkala yang dibuat, pihak pengurusan juga dapat buat tindakan susulan lain jika perlu untuk memastikan perjalanan operasi persatuan tidak tergangu.
Bolehlah email kepada saya jika ingin melihat contoh buku kira-kira persatuan yang mudah dikendalikan.